Saturday 11 May 2013

:: aku, punch card dan bulu roma ::

hey2..

Korang penah tahu tentang bangunan Mara? for your information, bangunan tu ditubuhkan pada 1 Mac 1966 ye..dah lama sangat..tapi maintenance bangunan tu terbaik sebab tu nampak elok lagi.. struktur die pun terbaik jugak..kadang2 tu kalau aku bosan2 kat office tak tawu nak buat apa aku akan bertenggek kat tepi tingkap tingkat 14 tu and jenguk2 kat luar. gayat ooo.... baru tingkat 14.. belum tingkat 26 lagi.. aku tengok transport atas jalan raya serta LRT yang lalu lalang macam mainan je.. kadang2 tu kalau aku nak layan bosan aku, aku main kira2 kenderaan tersebut.. tah ape2 kan cara aku release tension? tapi ok la.. at least aku tak buat keje gila seperti bukak tingkap dan duduk sambil juntai2 kaki keluar tingkap tuh.. orang gile je buat keje tuh.

entry kali ni bukan aku nak cite pasal bangunan Mara ek. Jangan terbosan lak. tak ade ape pun yang boleh aku banggakan demi bangunan tu.. aku ni sekadar budak praktikal yang menumpang bangunan tu untuk meraih secebis ilmu je. lain la kalau aku pengarah besau kat situ.. meme aku bangge sekali.. haha!! 

entry yang lepas aku ade story rutin harian aku kan? korang pun da sedia maklum yang aku sampai kat office pukul 7 or before pukul 7. time tu sunyi lagi ye kawan2.. staff pun ade la seketul dua baru datang. matahari pun berat lagi nak jenguk bumi Kuala Lumpur.. jalan raya pun tak start sesak lagi.. as usual bile aku sampai kat Mara aku akan pegi punch card kat tingkat 14.. then lepas punch baru aku turun surau tingkat 11 untuk sembahyang subuh. tak sempat ok nak sembahyang siap2 kat umah.. lagi pun aku inginkan ketenangan dalam solat. tak tenang solat kalau asyik fikir masa nak kejar2 bas. 

time bulan April aku kene rotate duty kat unit Sistem pungutan agensi luar kat tingkat 15. so, aku punch pun kat tingkat 15 la. tapi, staff kat 15 ni yang paling awal pun selalu mai office dalam pukul 7 suku. kalau kat tingkat 14 ade sorang kakak aka mak cik tu selalu mai awal dari aku. tak payah la aku bukak pintu besau tu dengan tekan segala suis lampu untuk floor tu. dekat 15 ni, demi punch cardku yang tersayang aku terpaksa memperjudi nasib aku beranikan diri bukak suis2 lampu serta pintu besau level tuh. takut memang takut. tapi aku wat bodoh je sebab aku tak dengar ape2 cerite yang pelik2 lagi. tapi, ada 1 hari tu, keluar2 lif, aku macam dengar ade bunyi tapak kaki kat area tangga dan tapak tu menghala ke tandas. tapi bile aku amati, hilang! tegak bulu roma tak payah nak cakap la.. aku istighfar banyak2 depan pintu besa tu, then bile da rase berani sikit baru aku bukak. kat dalam dah la gelap. suis semua kat dalam. buat nye tengah2 aku terkial2 tarik pintu tu ade lak die lintas2 depan aku macam mane? tapi so far aku tak kena lagi sebab aku akan tumpukan seluruh pandangan aku kat pintu tu je. tak tengok dalam lansung. lagi 1 masalah, lepas bukak pintu besau tu, ade lak pintu kaca yang akan terbukak kalau sentuh dengan pass untuk staff mara sahaja. so, ape yang aku buat is, aku punch pass tu then tolak pintu kaca tu kekuat sampai die terbukak leluas agar pintu tersebut amik masa untuk tertutup balik. kalau apa2 jadi boleh la aku lari keluar cepat2. once pintu kaca tu dah tertutup rapat, ko kena punch pass dari dalam lak untuk keluar. untuk pengalaman aku yang dengar2 tapak kaki tu, aku terstory la dekat sorang kakak office aku. then die pun mule la story tentang apa yang die dengar. ada sorang kakak tu kat level lain dalam mara selalu datang awal jugak.kakak tu la yang bukak pintu besau tu. then habit kakak tu pulak gemar memberi salam setiap kali masuk ke dalam. ade 1 hari lepas bagi salam ade pulak yang jawab salam die. padahal tak ade sape pun dalam office time tu. pengsan kakak tu. sejak dari tu aku mule tak berani nak jadi 1st person utk bukak pintu utama tu. kalau aku nampak pintu level tu tak bukak lagi aku akan turun surau level 11 dulu. tapi kalau nasib aku tak baik, surau level 11 pun tak bukak jugak, aku terpaksa wat keras ati bukak pintu level 15. terpaksa beb.. aku lagi sayang punch card dari bulu roma aku..haha!!

kejadian kat lif pun aku penah rasa. lif akan berhenti kat tingkat yang ada request je. tengah sedap aku layan perasaan nak naik lif ke tingkat 14, tibe2 lif tu berhenti dan terbukak kat tingkat 10. ok, aku ingat ade orang. bile aku jenguk kepala keluar nak tengok ade orang ke tak, aku tak nampak sesape pun. tapi aku positif. aku fikir mesti orang tu dah dapat lif lain. tapi, kalau die dah dapat lif lain mesti la button tu da terpadam. sape lagi yang tekan? pintu besar level tu pun tak bukak lagi. sape yang naik lif level tu? sampai sekarang aku persetankan semua tu. maybe ade orang kot. aku je tak perasan kot.

dekat surau??pernah jugak.. masuk2 surau aku akan menghadap cermin tingkap. selalunye kat area cermin tu clear. tak ada 1 barang pun. tapi hari tu aku nampak ada senaskah yaasin kat tepi tu. ok. maybe ade orang baca then tak reti letak kat rak balik. tengah2 aku make up, aku denga orang selak kertas. takpe. pakcik yang selalu baca paper kat surau lelaki kot. tapi lepas tu senyap sunyi je. selalunye pak cik tu akan batuk2 or sembahyang kuat. tapi tak pun. aku yang dah siap make up tu try la selak tirai yang asing bahagian lelaki dan perempuan.. terkejut!! no body's there!! aku pusing2 mata aku terpacak kat yaasin tadi. terbukak!!! boleh percaya tak kuasa air cond boleh bukak senaskah yaasin?? impossible. tingkap pun tertutup rapat. aku ambik beg then terus blah. aku tak meluru terus. aku blah dalam keadaan yang calm gile. sebab aku takut plak 'die' tegur macam nih "dah tawu ke?".. mampus la aku kan.. macam cerita seram yang sorang mamat ni da tawu status perempuan tuh bukan manusia. then sebelum die blah doe sempat cakap 'ok, la.. abang balik dulu lah..' perempuan tu jawab balik 'nak balik ke da tawu??'..rase2 nye korang pernah dengar kot cerita ni dulu2.. famous, tambah2 lagi kalau korang duduk asrama. 

baru2 ni mak cik kat level 14 yang aku cerita selalu mai awal dari aku tu cakap kat sorang kakak ni yang selalu mai saing2 dengan time aku la..die cakap die rase seram then die keluar balik.. die pun bukak la cite kat surau selalu jadi jugak. dulu ade yang datang awal lepak surau selalu denga orang sembahyang la, amik air sembahyang la..tapi tak de sape.. tapi, bagi aku kalau da sume tempat ber'momok' its da time for you to choose which is the best momok. whether yang boleh bawak ko kepada kebaikan or keburukan. yang kat surau sure la yang baik2 kan? so, better choose geng surau dari geng office. haha!! gilo... boleh lak aku melawak an? tak pe. aku sekejap je pun kat mara tuh. lagi berapa bulan je lagi. bagi aku, sume tu pengalaman yang adventure. nak berjaya mesti kene banyak pengalaman. tak semestinye kat Mara je ada. kat office lain pun mesti ada jugak. tambah2 lagi kat bangunan yang dah lama di tubuhkan.. konfirm..

ok, da panjang sangat aku punye entry kali nih.. nak stop dulu.. kat bawah ni aku ada upload picture yang aku sempat snap..:

 Bangunan Mara 

aku sayang  punch card  lebih dari bulu roma aku :P

 i need to face diz 'pintu besau' every moning!

 finance department

tada!! ni la suasana sunyi setelah berjaya tekan suis lampu.
kat belah2 kiri adalah bilik pengarah2 besau!
bilik aku hujung sekali belah kanan
jemput masok :)