toink3..(sambil melompat mcm katak)
lamenye tinggalkan blog nih.. assalamualaikum..(sambil mulut terkumat kamit membaca ayat2 kursi) baik gilew dak nih..buang tebiat ke hape? huhu.. owang cakap kalaw tinggalkan blog lebih dari 3 hari ade lembaga yang jadi penunggu. huh? xbetul ke?? tu untuk rumah je?? eh, blog bukan rumah ke?? nope. bagi aku blog adalah rumah hati aku. :) ok, ok dan ok..aku malas nak berkarang kraft hari nih. nanti dapat batu karang plak susah.
ermmm..korang kenal tak minah dalam picture kat bawah ni?
sape tuh? aku ke? eh..ye ke?? entah, xtawu,xtawu..(sambil jongket2 bahu) huhu.. ok, meh sini aku nak story sikit banyak pasal sifat cek mek dalam picture di atas tu.
Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana tapi aman harmoni dan bersatu padu. beliau anak sulung dari 3 orang adik beradik.
'eh, yeke anak sulung?' itu adalah antara pertanyaan yang menghantui otak beliau sebab ramai xpercaya beliau anak sulung. beliau seorang kakak yang garang tapi baik hati. alalala.. sweet la konon..
beliau anti sosial. disebabkan itu, beliau lebih suka menghabiskan masa beliau di dalam gumpalan2 selimut di bilik tidurnya. kata beliau di dalam sidang media di pusat bilik tidur sedunia baru2 ini,
"tidur itu penting.kalau x cukup tidur saya akan hilang mood dengan sesiapa jua yang mendampingi saya.mata saya akan menjadi mata panda, manakala senyuman saya akan melambung tinggi harganya".
beliau merupakan seorang yang pendiam jika berada di dalam kelompok yang beliau kurang kenal or kureng sikit. tetapi beliau akan menjadi hyper active jika bercampur dengan kelompok yang mempunyai 1 kepala dengan beliau. beliau sangat friendly and happy go lucky.sesiapa yang mendampingi beliau sangat susah untuk melihat beliau bersedih or bad mood.
"kalau sedih,sedih sorang2 sudah la.bad mood pun untuk diri sendiri je. xbley kongsi ngan orang lain sebab tu sejenis penyakit berjangkit. nanti semua orang x nak kawan ngan kite. so, kalau ade simptom2 penyakit 'sedihandalism or bad moodendalism' ni jangan habaq mai kat orang len noh..simpan dalam ati sudah. jangan risau,penyakit tu x membawa maut pun..erkk,,dan saya sendiri pun susah nak menerima jika kawan2 yang xley kawal penyakit tu di hadapan saya.." begitu lah panjang lebar penerangan mak cik itu.
beliau menggemari warna merah jambu. beliau sendiri sangat pelik bagaimana beliau amat menyukai warna tersebut.
di masa lapang, beliau suka menghabiskan masa untuk menonton television di rumah sendiri,mambaca novel or majalah hiburan, menghabiskan beras di rumah sendiri, dan berkeliaran mundar mandir di kawasan dapur rumah sendiri untuk mencari secubit alas perut.
"no wonder la saya sangat gemuk. kawan2 ramai pelik dengan perubahan fizikal saya ini. tapi saya redha sebab gemuk adalah dugaan Allah untuk saya. saya xboleh kawal nafsu melantak saya sendiri. " beliau juga gemar menikmati maggi dan nescafe. tetapi beliau akan menikmati favourite food and drinks itu seorang diri, dikala tiada sape yang nampak kelibat beliau. kenape ek?? jum kite tanye..
"saya akan menyorok jika hendak menikmati makanan and minuman kegemaran saya iaitu maggi and nescafe. kedua2 nya xdapat dipisahkan dalam usus dan tekak saya. ye la..da kata favourite kan. saya menyorok sebab ramai orang terutama mama saya akan bising untuk memberi pandangan mereka tentang keburukan mee segera dan nescafe. kepala botak lah, otak lembap mcm lembu la, banyak caffien bley wat ketagihan la..sume tu buat saya rasa nak tercekik untuk menikmati sume tu. diorang tu tahu cakap je, tapi diorang pun telan jugak bnde tu kalau tengah pokai, mengidam or lapaq tahap dewa. so, as alternative, saye menyorok dr mereka agar saya dapat nikmati sepuas2nya!haha!!"
tetapi, disebalik sifat beliau yang happy go lucky itu, beliau juga seperti manusia lain yang berperasaan. beliau akan terluka or berkecil hati jika ada yang mempertikaikan kelemahan beliau.
"saya tahu saya mmpunyai banyak kelemahan dari segi luaran dan dalaman. saya tak mempunyai senyuman yang menawan memandangkan gigi yang tidak reti berbaris dengan sempurna, xmempunyai bentuk badan yang menawan malah saya gemuk pendek, tidak lansung up to date dari segi fashion, tidak mempunyai tona kulit yang sekata, berdahi luas, perut berlipat2, selulit disana sini, bla bla bla.. semua tu saya sedar. saya xmapu untuk mengubah ciptaan Allah yang maha unik ini untuk diri saya. saya hanya mampu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya. semua ini mungkin ada hikmah. xmungkin saya nak sakiti diri sendiri semata2 untuk menjadi sempurna dimata orang lain. ini adalah ketentuan Allah untuk saya dan saya akan harunginya sebagai 1 dugaan dalam hidup. mungkin ada hikmah yang terselindung. who knows. kepada kawan2 kat luar sana, jangan la tawu nak pertikai kelemahan orang lain je. judge yourself before judge the other people. ingat la manusia xpernah sempurna. ada lebih and ada kurang. kalau xley trime, just let it go. :) "
conclusion? erkk.. dalam dialog tu da de conclusion kot. xpun taon2 depan je la conclusion tu ek? hee. :)