Tuesday, 21 February 2012

:: Cake Boss ::

tung tang tung tang...

tajuk entry aku ari ni 'cake boss'..dapat agak x aku nak cerite pasal ape? ha?rancangan cake coss kat astro channel TLC tu?? salah! huhu..actually aku nak cerite pengalaman aku sendiri buat sponge kek oren. bermakne jugak la cuti semester aku kali ni kan. hah..sebenar2 nye kawan aku, Inaz yang nak buat kek ni. beliau nak bawak balik ke Kedah. aku tolong je..tolong tengok..haha.. x lah. aku tolong jugak la ape yang patut. kek yang terhasil tu ade jugak la air tangan aku kan. pagi2 buta, dalam pukul  8.30am aku dah bertandang ke rumah Inaz untuk mulakan projek. sume bahan2 dah tersedia. korang nak try salin la senarai bahan2 yang diperlukan seperti kat bawah ni ok..

  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 220 gram gula (dikisar halus)
  • 250 gram butter
  • 5 biji telur (asing putih & kuning taw)
  • 1 biji limau sunkist
  • esen vanilla
dah sediakan semua dah? ok now jum tengok cara2 die pulak.
  • firstly campurkan butter and gula yang dah dikisar and then pukul sampai kembang taw. 
 alahai joyah..kalaw pakai tangan sampai tahun depan xkembang2 nyah..

gune mesen pemutar la baru power!

  • ok kawan2, bile dah kembang masukkan telur kuning sahaja. telur putih jangan masuk lagi taw. then pukul lagi sampai kembang lagi. :)
  • lepas tu masuk tepung naik sendiri tadi sedikit demi sedikit.pukul sampai sebati.
  • ok, next amik sebiji limau sunkist tu tadi, then parut kulit die.(what?kulit limau??) yup..kulit limau.. kalau korang nak tawu,kulit limau tu yang buat perisa oren tu kaw!ok,tengok picture kat bawah ni..
tengok limau tu dah gondol sebab xde kulit.
(tapi ingat taw, jangan parut sampai kat layer limau yang kale putih tu.pahit kek awak nanti cik kak oi..)

  • dah parut dah?lenguh xtangan parut kulit limau tu?hehe.now,campur je kulit limau tu dalam adunan tadi.
  • op..xkan kulit limau je kak..jus die pun kene masuk jugak lah..ok..belah limau tu then perah sampai keluar jus die. then masuk je dalam adunan tu jugak.
 perah sebijik taw.jangan separuh je.
  • after that tuang 1 penutup or 1 camca esen vanilla and pukul lagi sampai sebati.


  • ok, dah siap adunan tu, campak tepi jap. sekarang kite beralih ke putih telur yang xdiusik2 dari tadi. korang tawu x ape nk buat dengan putih telur nih? ok, kite kene pukul putih telur ni dengan mesen pemutar tu sampai kembang. sampai la korang terbalikkan mangkuk tu pun putih telur tu x jatuh2. 
 picture kat atas ni bukan ice-cream ye senah.
tu la putih telur yang dah dipukul sampai kembang tadi.

  • dah settle memukul putih telur tu tuang ke dalam adunan tadi.then pukul gune tangan sekuat2 hati sampai la betul2 sebati antara adunan tadi bersama2 putih telur tu ye..

 sakit sikit la tangan nak memukul bendalah ni.bertahan ye.
kalau pakai cincin tu campak2 la ketepi dulu. kemek pulak cincin mahal ko tu joyah.

  • okeh. dah siap, masukkan adunan yang dah sebati tadi dalam loyang untuk dibakar. seelok-eloknye gune la loyang yang berlubang kat tengah untuk pastikan kek masak sempurna. nak masukkan adunan tu dalam loyang tu kene 2 orang taw. panggil la mak cik gayah sebelah rumah ke untuk tolong korang. kenape kene 2 orang? sebab sorang kene tuang adunan tu, and sorang lagi pusingkan loyang untuk bagi adunan tadi sama rata ke dalam loyang. ape?xde sape nak tolong? kesian nye.. xpe, kalau berada di situasi mcm tu korang kene la amik senduk and cedok la sedikit demi sedikit dalam loyang tu ok? ha..ini lagi 1 petua. jangan la pulak kotang dok ketuk2 or hempas2 loyang yang penuh dengan adunan tadi tu pulak. nak bagi sekata la konon..xpayah. kalau korang buat cam tu takut kek tu x nak naik menyebabkan ia x gebu apabila dah masak nanti. elakkan ketuk2 ok? :)

 permukaan die xsekata?biar je.its ok. 
dah.pegi la bakar dalam oven tu.

tadaaa!!!kek dah siap!!
bawu die semerbak 1 rumah..
sangat best dikunyah time panas2.
permukaan die automatik licin kan?

bahagian dalam die sangat gebu. :)

dah boleh dihidang :)

senang kan nk buat sponge kek oren ni? korang try la sendiri ok? selamat mencuba. :)

4 comments:

  1. saye sangat la tak pandai membuat sponge kek.. time kasih bg resipi

    ReplyDelete
  2. senang sangat nak buat die..cume nak pukul2 tu je la prob sket..try la..mesti boley.. :)

    ReplyDelete
  3. baiklah..saye akan mencube..huhu(skema tak ayat..=)

    ReplyDelete

:: pot pet your komen here ::

Note: only a member of this blog may post a comment.