Saturday, 11 May 2013

:: aku, punch card dan bulu roma ::

hey2..

Korang penah tahu tentang bangunan Mara? for your information, bangunan tu ditubuhkan pada 1 Mac 1966 ye..dah lama sangat..tapi maintenance bangunan tu terbaik sebab tu nampak elok lagi.. struktur die pun terbaik jugak..kadang2 tu kalau aku bosan2 kat office tak tawu nak buat apa aku akan bertenggek kat tepi tingkap tingkat 14 tu and jenguk2 kat luar. gayat ooo.... baru tingkat 14.. belum tingkat 26 lagi.. aku tengok transport atas jalan raya serta LRT yang lalu lalang macam mainan je.. kadang2 tu kalau aku nak layan bosan aku, aku main kira2 kenderaan tersebut.. tah ape2 kan cara aku release tension? tapi ok la.. at least aku tak buat keje gila seperti bukak tingkap dan duduk sambil juntai2 kaki keluar tingkap tuh.. orang gile je buat keje tuh.

entry kali ni bukan aku nak cite pasal bangunan Mara ek. Jangan terbosan lak. tak ade ape pun yang boleh aku banggakan demi bangunan tu.. aku ni sekadar budak praktikal yang menumpang bangunan tu untuk meraih secebis ilmu je. lain la kalau aku pengarah besau kat situ.. meme aku bangge sekali.. haha!! 

entry yang lepas aku ade story rutin harian aku kan? korang pun da sedia maklum yang aku sampai kat office pukul 7 or before pukul 7. time tu sunyi lagi ye kawan2.. staff pun ade la seketul dua baru datang. matahari pun berat lagi nak jenguk bumi Kuala Lumpur.. jalan raya pun tak start sesak lagi.. as usual bile aku sampai kat Mara aku akan pegi punch card kat tingkat 14.. then lepas punch baru aku turun surau tingkat 11 untuk sembahyang subuh. tak sempat ok nak sembahyang siap2 kat umah.. lagi pun aku inginkan ketenangan dalam solat. tak tenang solat kalau asyik fikir masa nak kejar2 bas. 

time bulan April aku kene rotate duty kat unit Sistem pungutan agensi luar kat tingkat 15. so, aku punch pun kat tingkat 15 la. tapi, staff kat 15 ni yang paling awal pun selalu mai office dalam pukul 7 suku. kalau kat tingkat 14 ade sorang kakak aka mak cik tu selalu mai awal dari aku. tak payah la aku bukak pintu besau tu dengan tekan segala suis lampu untuk floor tu. dekat 15 ni, demi punch cardku yang tersayang aku terpaksa memperjudi nasib aku beranikan diri bukak suis2 lampu serta pintu besau level tuh. takut memang takut. tapi aku wat bodoh je sebab aku tak dengar ape2 cerite yang pelik2 lagi. tapi, ada 1 hari tu, keluar2 lif, aku macam dengar ade bunyi tapak kaki kat area tangga dan tapak tu menghala ke tandas. tapi bile aku amati, hilang! tegak bulu roma tak payah nak cakap la.. aku istighfar banyak2 depan pintu besa tu, then bile da rase berani sikit baru aku bukak. kat dalam dah la gelap. suis semua kat dalam. buat nye tengah2 aku terkial2 tarik pintu tu ade lak die lintas2 depan aku macam mane? tapi so far aku tak kena lagi sebab aku akan tumpukan seluruh pandangan aku kat pintu tu je. tak tengok dalam lansung. lagi 1 masalah, lepas bukak pintu besau tu, ade lak pintu kaca yang akan terbukak kalau sentuh dengan pass untuk staff mara sahaja. so, ape yang aku buat is, aku punch pass tu then tolak pintu kaca tu kekuat sampai die terbukak leluas agar pintu tersebut amik masa untuk tertutup balik. kalau apa2 jadi boleh la aku lari keluar cepat2. once pintu kaca tu dah tertutup rapat, ko kena punch pass dari dalam lak untuk keluar. untuk pengalaman aku yang dengar2 tapak kaki tu, aku terstory la dekat sorang kakak office aku. then die pun mule la story tentang apa yang die dengar. ada sorang kakak tu kat level lain dalam mara selalu datang awal jugak.kakak tu la yang bukak pintu besau tu. then habit kakak tu pulak gemar memberi salam setiap kali masuk ke dalam. ade 1 hari lepas bagi salam ade pulak yang jawab salam die. padahal tak ade sape pun dalam office time tu. pengsan kakak tu. sejak dari tu aku mule tak berani nak jadi 1st person utk bukak pintu utama tu. kalau aku nampak pintu level tu tak bukak lagi aku akan turun surau level 11 dulu. tapi kalau nasib aku tak baik, surau level 11 pun tak bukak jugak, aku terpaksa wat keras ati bukak pintu level 15. terpaksa beb.. aku lagi sayang punch card dari bulu roma aku..haha!!

kejadian kat lif pun aku penah rasa. lif akan berhenti kat tingkat yang ada request je. tengah sedap aku layan perasaan nak naik lif ke tingkat 14, tibe2 lif tu berhenti dan terbukak kat tingkat 10. ok, aku ingat ade orang. bile aku jenguk kepala keluar nak tengok ade orang ke tak, aku tak nampak sesape pun. tapi aku positif. aku fikir mesti orang tu dah dapat lif lain. tapi, kalau die dah dapat lif lain mesti la button tu da terpadam. sape lagi yang tekan? pintu besar level tu pun tak bukak lagi. sape yang naik lif level tu? sampai sekarang aku persetankan semua tu. maybe ade orang kot. aku je tak perasan kot.

dekat surau??pernah jugak.. masuk2 surau aku akan menghadap cermin tingkap. selalunye kat area cermin tu clear. tak ada 1 barang pun. tapi hari tu aku nampak ada senaskah yaasin kat tepi tu. ok. maybe ade orang baca then tak reti letak kat rak balik. tengah2 aku make up, aku denga orang selak kertas. takpe. pakcik yang selalu baca paper kat surau lelaki kot. tapi lepas tu senyap sunyi je. selalunye pak cik tu akan batuk2 or sembahyang kuat. tapi tak pun. aku yang dah siap make up tu try la selak tirai yang asing bahagian lelaki dan perempuan.. terkejut!! no body's there!! aku pusing2 mata aku terpacak kat yaasin tadi. terbukak!!! boleh percaya tak kuasa air cond boleh bukak senaskah yaasin?? impossible. tingkap pun tertutup rapat. aku ambik beg then terus blah. aku tak meluru terus. aku blah dalam keadaan yang calm gile. sebab aku takut plak 'die' tegur macam nih "dah tawu ke?".. mampus la aku kan.. macam cerita seram yang sorang mamat ni da tawu status perempuan tuh bukan manusia. then sebelum die blah doe sempat cakap 'ok, la.. abang balik dulu lah..' perempuan tu jawab balik 'nak balik ke da tawu??'..rase2 nye korang pernah dengar kot cerita ni dulu2.. famous, tambah2 lagi kalau korang duduk asrama. 

baru2 ni mak cik kat level 14 yang aku cerita selalu mai awal dari aku tu cakap kat sorang kakak ni yang selalu mai saing2 dengan time aku la..die cakap die rase seram then die keluar balik.. die pun bukak la cite kat surau selalu jadi jugak. dulu ade yang datang awal lepak surau selalu denga orang sembahyang la, amik air sembahyang la..tapi tak de sape.. tapi, bagi aku kalau da sume tempat ber'momok' its da time for you to choose which is the best momok. whether yang boleh bawak ko kepada kebaikan or keburukan. yang kat surau sure la yang baik2 kan? so, better choose geng surau dari geng office. haha!! gilo... boleh lak aku melawak an? tak pe. aku sekejap je pun kat mara tuh. lagi berapa bulan je lagi. bagi aku, sume tu pengalaman yang adventure. nak berjaya mesti kene banyak pengalaman. tak semestinye kat Mara je ada. kat office lain pun mesti ada jugak. tambah2 lagi kat bangunan yang dah lama di tubuhkan.. konfirm..

ok, da panjang sangat aku punye entry kali nih.. nak stop dulu.. kat bawah ni aku ada upload picture yang aku sempat snap..:

 Bangunan Mara 

aku sayang  punch card  lebih dari bulu roma aku :P

 i need to face diz 'pintu besau' every moning!

 finance department

tada!! ni la suasana sunyi setelah berjaya tekan suis lampu.
kat belah2 kiri adalah bilik pengarah2 besau!
bilik aku hujung sekali belah kanan
jemput masok :)


Tuesday, 19 February 2013

:: rutin harian as praktikal student ::

honk2!!

aku penat. tak sampai sebulan praktikal da penat. meh aku cerita rutin harian aku. aku bangun pukul 5 pagi setiap hari dan mengambil bas yang memang setia dan tepat pada janji dengan semua penumpang pada pukul6 suku pagi. lepas mandi mengenakan baju kurung dan tudung dan sedikit bedak dan eyeliner setakat nak cover mata yang sembap. dah siap, aku menghirup secawan nescafe panas yang mama sediakan lalu berangkatlah aku untuk menghayunkan tapak kaki aku ke jalan untuk tiba ke bus stop. perjalanan ke bus stop agak2 10 minit. tu pun kalau aku speed time naik bukit. hehe. setakat ni aku belum lagi berpengalaman tertinggal bas. 

aku tiba di office pada pukul 7 tepat. aku naik office dan punch card. setakat ni kad punchcard aku still suci dari debu dan hama. huhu. naik2 kakak and abang unit aku tak masok kje lagi. so, aku pun berlegar2 la kat level kewangan tu seorang diri. dalam 7 suku kawan2 pun dah datang, kami pegi menjamu selera di foodcourt Mara tingkat 3. not bad. sedap. :)

pukul 8 pagi sampai la 5 petang aku asik menghadap sume tugas yg di beri. tepat pukul 5 aku pun berlari keluar untuk punch card. tak saba2 rase nak balik. huhu. aku balik naik komuter menghala ke Rawang yang selalu datang around 5.24 pm. dalam pukul 6 aku tiba di Kepong Sentral untuk ambik bas rapid U86. yes...sedikit pengalaman pahit disitu ye..kadang2 aku terlepas bas tersebut dan membuatkan aku terpaksa tunggu selama 1 jam untuk dapatkan bas yang berikutnye. survive kan? kadang2 tu da azan maghrib baru aku sampai. sistem perjalanan bas rapid tak menentu. aku rase nak buat aduan je. driver bas tu sesuka hati tok nek dowang je nak bawak bas pukul berape. tak de goal lansung. 

balik2 umah macam biase aku mandi sembahyang makan..mate tak payah cakap la..mengantuk tahap gaban. tapi tengok insan2 yang tersayang kat ruang tamu membuatkan aku tahan mate aku. bile dorang dah tido baru aku tido. 

but, ape yang buat aku terkilan kat sini bile Mat Jeri cakap aku da berubah. mule pentingkan kerjaya dan abaikan beliau. die kate aku dah tak de mase nak sembang dengan die dah. aku da tak larat nak bersembang kalau mengantuk sangat. die pun kene faham situasi aku macam mane. hurmm..aku faham kalau aku ade kat tempat die. sebelum aku praktikal dulu, aku selalu ade nak layan kerenah die. tapi sekarang aku da tak de untuk jadi tempat die merengek2 nak share kisah harian die. so childish la mamat tuh. hurrmmm.. Mat Jeri, im so sorry. satu bende kite harap awak boleh faham kite. kite tak pernah abai awak. still love u forever. :)

Friday, 8 February 2013

brrr...brrr.....

mengantok...letih....tapi nak update jugak..currently aku sedang praktikal. praktikal kat bahagian kewangan Majlis Amanah Rakyat. after 5 days praktikal ni,.......so far... aku rase sangat bertuah and tak menyesal lansung pilih MARA as my praktikal company. layanan mereka sangat tip top. 1st day aku and semua budak praktikal dah kene jumpe ketua akauntan. perasaan time tu Tuhan je la yang tawu betapa ketaq2 nye bayang ketegasan muke beliau..soalan2 strict beliau.... tapi, bile masok bilik ketua akauntan tu, and tengok layanan die sangat baik terus aku jadi calm sampai rase tak nak keluar dari bilik tu.. her name is Puan Kamesah. peramah sangat. dah 5 hari aku kat MARA ni, still keep in touch dengan die even jumpe kat toilet pun. die pun tak lokek dengan senyuman and selalu tanya pengalaman kami. sangat respect beliau. pangkat tinggi tak sombong dengan staff bawahan. :)

lepas briefly explaination by Pn Kamesah on 1st day ari tu, kami mule diagih2kan masuk department masing2. kewangan ade banyak department. Aku dapat department kemudahan kakitangan. tugas aku semak2 semua claim such as medical claim by staff. bilik ni ade 5 orang termasuk aku. 3 abang dan seorang kakak. semua baik2. selalu sedie nak bantu aku wat keje sampai la aku betul2 faham ape sebenarnye yang aku buat semua tu. percaye tak percaya aku dah 100% boleh kongker bahagian medical claim tu by myself dari A sampai Z.. checking, casting, approving, and jalan2 hanta document yang dah di approve kat department lain.. seronok! but sometime aku rase gementar jugak nak galas semua keje tu sebab aku setakat budak praktikal. still make mistake sometime. tapi kakak and abang2 tu semua macam dah 100% percaya and serah semua atas bahu aku. i will take dis as challange. :) oh, aku duduk department ni selama 1 bulan sahaja. after that mereka wat rotation untuk bagi budak praktikal merasa semua bahagian department dalam kewangan tu. :)

oh, lagi yang buat aku seronok is,..setiap hari jumaat rehat selama 3 jam. syokkk gile..boleh tidur, makan, wayang, shopping selama 3 jam tu. and setiap jumaat pagi jugak diadakan solat jemaah taubat, dhuha and solat hajat and bacaan yassin bagi semua staff. terjalin erat lah hubungan sesama staff dan hubungan bersama Allah..ingat lah walau sebesar mana pangkat seseorang, die tetap seorang hamba yang sama taraf dengan orang lain disisi Allah..

ha..pasal keje memang sangat best.. tapi aku still terfikir2, larat ke aku nak bangun pukul 5 pagi selama 6 bulan and menapak amik bas nak pergi keje dan balik rumah selama 6 bulan..ermm.. aku akan pastikan aku mampu lakukan sume ni. kalau nak berjaya, sacrifice la sikit...kan? yeahhh!!!kene kuat!!!kuat!!!kuat!! (semangat sambil melakukan tumbukan angin ke atas)

 
that is my personal place! :)

Thursday, 17 January 2013

:: happily ever after wif Mat Jeri ::

pheww3..(bunyi angin mendayung2 sampan..)

hooiitt...heeeiipp...toodayy aku tersangat happy! 'Mat Jeri mai kl.die datang melawat aku. melawat ke? ye la..melawat la tu..melawat sambil dating2.. :) actually die tiba di KL semalam. tengah aku nyenyak dilamun mimpi indah, nset tetibe menjerit wat aku terlompat.. tengok name yg tertera kat screen nset "Mat Jeri".. menggelabah tapir aku angkat fon.. nak tawu nape aku menggelabah??

1. aku risau die membebel sebab aku baru bangun memandangkan jam da pukul 12 tgh hari.
2. mamat ni da sampai depan umah aku ke????alamak..macam mane nak mandi and siap2 ni???lame      tuu...sian die nak tunggu.....
3. malam tadi mulut aku tergatai la sangat menjemput die makan tengah hari kat umah aku..siap tanye lagi "awak nak makan ape esok?kite boleh masak.." wahh...dengan lancarnye mulut aku bertanye..tup2 hari ni hape pun tak de..janji tinggal janji je..haha!!

dengan lemah aku angkat fon..

aku: hello...awak...kite baru bangun...awak da sampai ke??macam mane ni??tak sempat nak masak la mcm ni... (bertubi2 pkataan keluar dari mulut.macam snapang M16 je)
Mat Jeri : hah..bagos la tu.. semalam komain nak masak la..ape la..
Aku : ala..esok la ok?kite janji..esok tengah hari tak payah g mane2..makan tengah hari kat umah kite je..
Mat Jeri : tapi..esok koi nak awak masak 100%..xde pertolongan dari mama..faham?g siap cepat. jap lagi koi sampai.

letak je fon, mcm cipan kengkang aku terkeja2 g mandi and siap.

tempat 1st kami tuju is The Store Sg Buluh..Mat Jeri nak repair nset. bagi 3310 pun tak tahan kalau dekat tangan die tuh..sume bande jahanam die buat. pas tu ade hati nak pakai BLACKBERRY..memang aku TAKBERI la..ikut hati die memang die da rembat da bb smlm.tapi aku tak bagi..die pun terpakse la akur..aku mule berfikir yg aku ni mengongkong sangat ke? haishh..tak3..aku memang patut elak sesuatu yang aku patut elak..bagi aku bbm sume tu wat lelaki kuat curang..mane tak..da bende untuk bersosial ade depan mate..mesti la nak gune untuk something yang lebih interested kan?gune logik akal la bro..lagipun mmbe aku ramai gune bb..so, macam ni la mat jeri..kalau awak nak pakai bb sangat,tggu kite pakai jugak lah..nanti kite da ade duit,kite beli bb same2 ok?fair and square sangat kat situ.. :)

then kitowang g taman layang2..best dok layan angin2 kat situ..then g tengok wayang. cite minyak dagu.. Mat Jeri tak suke cite melayu merepek nih.. then aku habaq:

 "xpe..today is my treat..tomorrow ur treat plak..n kite tengok cite awak pepuas esok.ok?deal??"
 "ermm. ikut awk la..cerite merepek2 je awak pilih.."

cite minyak dagu tu takde la seram mane..biase je..tapi ok la..asal tak membuat aku kroihh kroiihh dalam wayang tu sudah..aku ni jenis kalau da bosan tu aku tidoq je..tambah2 cite omputih..

ha..tengah hari tadi aku pun bangun la cepat..ingat nak masak..g dapo mama suruh masak nasik je..then tolong ape yang patut..yang selebihnye mama handle..last2 Mat Jeri sampai..terkantoi la plak bukan aku yang masak..haha!!die geleng kepala je la dengan kerenah aku.

ha..hari ni lak Mat Jeri balas dendam ajak aku tengok cite die plak..cite 'The Last Stand' pelakon die Arnold Schwarzenegger..ok la..not bad........layan je..

mat jeri habaq die nak balik da esok..ala..bosan balik la hari2 aku pas ni..start la aku dok counting2 days nak g praktikal..hayyoo..semak kepala la praktikal tu..hope ade something interested kat sane nanti. amin..

Mat Jeri, thanks because cheer up my life, isi perut kite dengan macam2 makanan, spent a lot of money, and sanggup kejangkan otot kaki awak semate2 nak follow kite jalan sane sini.. kite memang kuat jalan. Thank you so much. Love U Mat Jeri! :)

Tuesday, 15 January 2013

:: stress di awal 2013 ::

2013??two thousand thirteen???tip tap tip tap da lame aku idop kat dunie ni..lagi x caye da separuh jalan da aku di alam degree..dari x sanggup sangat nak sambung blaja tu kan..amik ko..da staon stengah da ko survive julie..hurrmm..lame kan tak update belog2 nih..busy gile..2013 ni insyaallah aku takkan miss nk update blog..(azam ke??)..memeng tak laahh...maybe hobi baru kot..hihi..

okey..actually aku baru je habis final exam semester 6 Bachelor in Accountancy. perghh..nasib tak botak kepala je hadap final kali nih..da la tak de gap!hambe Allah yang mane la buat jadual final ni..meroyan aku kejap..so far, ok la..aku jawab paper final tu mane yang termampu je..yang selebihnye aku serah kat tangan Tuhan.kalau ade rezeki aku lulus, lulus la..kalau rezeki lulus tu bukan untuk aku, aku kene terima..maybe ade hikmah.

first paper 3 January 2013. paper yang paling senang and best dari paper yang lain..statistik! seronok simpul2kn otak..dengan simulation yang best tu lagi..time jawab paper ni aku selesema plak..masalah tu..da la dewan exam sangat sejuk..aku doa kat Tuhan mintak die stopkn kejap je selesema aku..3 jam je..pas tu die nak sakitkn aku banyak2 pun aku tak kisah..aku terima kalau ni ujian Dia untuk aku..Alhamdulillah..memang selesema aku stop untuk 3 jam.habis je paper tu selesema mula kronik balik.ni la bukti Tuhan sayang kat hamba die.so, sebagai hamba Allah, ingat la untuk memohon pertolongan dari Dia even tengah senang skali pun.jangan da susah baru nak ingat Dia.

until last paper, 13 January 2013..aku da mule terkinja2 nak balik umah..tambah pulak parents aku da datang untuk jemput aku balik..lagi la tak tahan..hati da melompat2 sampai anak tekak da kot. huhu..exam habis pukul 5.15 pm. bile pengumuman setengah jam lagi exam akan tamat, hati aku rase nak menjerit nk berlari keluar dari dewan tu laju2..maybe ni sebahagian dari tanda protes aku untuk final kot.haha!3 hari beb struggle study..tido pun 2 jam je.ni sume gara2 tak de gap!kalau die bagi gap sehari pun jadi la..ini berderet..bayang la mcm mane aku try nak pulun study dengan tido yang tak cukup mcm tu..hayya..

petang tu jugak aku berangkat balik kl..banyak gile barang nak bawak balik..aik??kenape aku bawak balik sume barang?last sem da ke??ini bukan my last semester taw..ni baruuuu sem 6..BiACC ade 8 semester..lame kan??actually sem 7 ni aku praktikal. aku dapat tempat praktikal kat MARA. ape la pulak nasib aku kat tempat praktikal tu nanti..da la hari2 naik transport awam yang susah sangat nak dapat area umah aku ni..haisshh..tunggu je la aku update pasal alam praktikal aku ek?

ok..sampai je KL aku terus tido..tak ingat dunie aku tido weii..syok gile..huhu..now..aku rase tenang..no more exam..no more books..aku da bebas buat ape aku suke!!yeay!!(tak payah nak yeay sangat la weeii..result exam ko nak campak mane?) result exam???errmmm...bulan depan la fikir result tu..yang penting otak kne rest cukup2 untuk bersedia mental n fizikal untuk alam praktikal nih. :) babai!