Friday, 8 February 2013

brrr...brrr.....

mengantok...letih....tapi nak update jugak..currently aku sedang praktikal. praktikal kat bahagian kewangan Majlis Amanah Rakyat. after 5 days praktikal ni,.......so far... aku rase sangat bertuah and tak menyesal lansung pilih MARA as my praktikal company. layanan mereka sangat tip top. 1st day aku and semua budak praktikal dah kene jumpe ketua akauntan. perasaan time tu Tuhan je la yang tawu betapa ketaq2 nye bayang ketegasan muke beliau..soalan2 strict beliau.... tapi, bile masok bilik ketua akauntan tu, and tengok layanan die sangat baik terus aku jadi calm sampai rase tak nak keluar dari bilik tu.. her name is Puan Kamesah. peramah sangat. dah 5 hari aku kat MARA ni, still keep in touch dengan die even jumpe kat toilet pun. die pun tak lokek dengan senyuman and selalu tanya pengalaman kami. sangat respect beliau. pangkat tinggi tak sombong dengan staff bawahan. :)

lepas briefly explaination by Pn Kamesah on 1st day ari tu, kami mule diagih2kan masuk department masing2. kewangan ade banyak department. Aku dapat department kemudahan kakitangan. tugas aku semak2 semua claim such as medical claim by staff. bilik ni ade 5 orang termasuk aku. 3 abang dan seorang kakak. semua baik2. selalu sedie nak bantu aku wat keje sampai la aku betul2 faham ape sebenarnye yang aku buat semua tu. percaye tak percaya aku dah 100% boleh kongker bahagian medical claim tu by myself dari A sampai Z.. checking, casting, approving, and jalan2 hanta document yang dah di approve kat department lain.. seronok! but sometime aku rase gementar jugak nak galas semua keje tu sebab aku setakat budak praktikal. still make mistake sometime. tapi kakak and abang2 tu semua macam dah 100% percaya and serah semua atas bahu aku. i will take dis as challange. :) oh, aku duduk department ni selama 1 bulan sahaja. after that mereka wat rotation untuk bagi budak praktikal merasa semua bahagian department dalam kewangan tu. :)

oh, lagi yang buat aku seronok is,..setiap hari jumaat rehat selama 3 jam. syokkk gile..boleh tidur, makan, wayang, shopping selama 3 jam tu. and setiap jumaat pagi jugak diadakan solat jemaah taubat, dhuha and solat hajat and bacaan yassin bagi semua staff. terjalin erat lah hubungan sesama staff dan hubungan bersama Allah..ingat lah walau sebesar mana pangkat seseorang, die tetap seorang hamba yang sama taraf dengan orang lain disisi Allah..

ha..pasal keje memang sangat best.. tapi aku still terfikir2, larat ke aku nak bangun pukul 5 pagi selama 6 bulan and menapak amik bas nak pergi keje dan balik rumah selama 6 bulan..ermm.. aku akan pastikan aku mampu lakukan sume ni. kalau nak berjaya, sacrifice la sikit...kan? yeahhh!!!kene kuat!!!kuat!!!kuat!! (semangat sambil melakukan tumbukan angin ke atas)

 
that is my personal place! :)

No comments:

Post a Comment

:: pot pet your komen here ::

Note: only a member of this blog may post a comment.