aku penat. tak sampai sebulan praktikal da penat. meh aku cerita rutin harian aku. aku bangun pukul 5 pagi setiap hari dan mengambil bas yang memang setia dan tepat pada janji dengan semua penumpang pada pukul6 suku pagi. lepas mandi mengenakan baju kurung dan tudung dan sedikit bedak dan eyeliner setakat nak cover mata yang sembap. dah siap, aku menghirup secawan nescafe panas yang mama sediakan lalu berangkatlah aku untuk menghayunkan tapak kaki aku ke jalan untuk tiba ke bus stop. perjalanan ke bus stop agak2 10 minit. tu pun kalau aku speed time naik bukit. hehe. setakat ni aku belum lagi berpengalaman tertinggal bas.
aku tiba di office pada pukul 7 tepat. aku naik office dan punch card. setakat ni kad punchcard aku still suci dari debu dan hama. huhu. naik2 kakak and abang unit aku tak masok kje lagi. so, aku pun berlegar2 la kat level kewangan tu seorang diri. dalam 7 suku kawan2 pun dah datang, kami pegi menjamu selera di foodcourt Mara tingkat 3. not bad. sedap. :)
pukul 8 pagi sampai la 5 petang aku asik menghadap sume tugas yg di beri. tepat pukul 5 aku pun berlari keluar untuk punch card. tak saba2 rase nak balik. huhu. aku balik naik komuter menghala ke Rawang yang selalu datang around 5.24 pm. dalam pukul 6 aku tiba di Kepong Sentral untuk ambik bas rapid U86. yes...sedikit pengalaman pahit disitu ye..kadang2 aku terlepas bas tersebut dan membuatkan aku terpaksa tunggu selama 1 jam untuk dapatkan bas yang berikutnye. survive kan? kadang2 tu da azan maghrib baru aku sampai. sistem perjalanan bas rapid tak menentu. aku rase nak buat aduan je. driver bas tu sesuka hati tok nek dowang je nak bawak bas pukul berape. tak de goal lansung.
balik2 umah macam biase aku mandi sembahyang makan..mate tak payah cakap la..mengantuk tahap gaban. tapi tengok insan2 yang tersayang kat ruang tamu membuatkan aku tahan mate aku. bile dorang dah tido baru aku tido.
but, ape yang buat aku terkilan kat sini bile Mat Jeri cakap aku da berubah. mule pentingkan kerjaya dan abaikan beliau. die kate aku dah tak de mase nak sembang dengan die dah. aku da tak larat nak bersembang kalau mengantuk sangat. die pun kene faham situasi aku macam mane. hurmm..aku faham kalau aku ade kat tempat die. sebelum aku praktikal dulu, aku selalu ade nak layan kerenah die. tapi sekarang aku da tak de untuk jadi tempat die merengek2 nak share kisah harian die. so childish la mamat tuh. hurrmmm.. Mat Jeri, im so sorry. satu bende kite harap awak boleh faham kite. kite tak pernah abai awak. still love u forever. :)
No comments:
Post a Comment
:: pot pet your komen here ::
Note: only a member of this blog may post a comment.